Monday, 31 October 2016

RUANG DAPUR KECIL SERING MENJADI MASALAH

DAPUR COMEL ? NO PROBLEM LAH

Kediaman Puan Hafizah Di Taman Murni Kg Gajah, Perak.


Mungkin sudah menjadi trend kepada pemaju perumahan sekarang merekebentuk bentuk lantai dapur sesebuah perumahan agak kecil, Keadaan ini sering menjadi kerunsingan kepada pemilik rumah baru,  Akak Kabinet sendiri kadang kala pening kepala untuk mengadaptasi ruang dapur mungil. Namun begitu, terdapat beberapa trik yang sering Akak Kabinet gunakan buat client kami, agak dapur comel tampak besar.




Hukum pertama yang kami terapkan pada dapur yang mungil ini adalah pemilihan warna.
3 bahagian yang wajib berwarna cerah dan senada adalah SILING, DINDING DAN LANTAI. Maksudnya disini, tiga bahagian tersebut, hendak atau tidak terpaksalah berwarna cerah. Iaitu warna yang berada di dalam VARIASI putih. Contoh, light Gray, Light Beige, Light dan seangkatan.

Sumber Dr Pak Sedara : Wak Google 

Kedua, kehadiran dan penggunaan PENCAHAYAAN. Sama ada pencahayaan semulajadi mahu pencahayaan dari lampu. Seelok-elok pencahayaan semulajadi adalah yang terbaik, terutamanya pada waktu SIANG. Adalah agak kurang seronok jika di waktu siang, kita menyalakan Lampu. Makanya adalah Penting supaya dapur ita yang comel itu, mempunyai tingkap yang cukup besar, sebagai laluan Pencahayaan Matahari.



Hukum ketiga, susun atur dan gerak langkah bagi ruang penyimpanan mestilah bertepatan. apabila kita menyusun peralatan dan stesen kerja kita dengan betul, ruang kecil pun boleh jadi selesa. 

Ke Empat, penggunaan jenis material kabinet. Yang sangat sesuai adalah dari jenis yang sedikit glossy. Terdapat Pelabagi jenis material untuk dijadikan kabinet dapur, namun begitu item pemilihan bahan ini, tidak banyak mempengaruhi ruang dapur kita yang terhad.

Selain dari hukum2 tersebut. Ada beberapa trik yang boleh memberi kesan atau efek ilusi agar ruangan tampak besar. Trik ini berhubungkait dengan hukum-hukum ruang diatas.

1. Tingkap yang besar.
2. Jubin dinding dipasang secara melintang.
3. Menggunakan peralatan kompak
4. Bahan kabinet glossy.

Banyak lagi cara untuk membantu ruang dapur kelihatan besar. Namun ini adalah hukum dan trik utama yang sering dijadikan panduan oleh mana-mana perekabentuk hiasan dalaman.

Di kesempatan penulisan akan datang Akak Kabinet akan ceritakan lebih lagi yeee...

Let's Senyum
SITI ZANARIAH BT ZAINUDIN

No comments:

Post a Comment

CARA PILIH BAHAN KABINET DAPUR ANDA? Siri LAMINATED MELAMINE

Jika kita mempunyai pilihan, adakah kita mahukan kabinet dapur lebih kurang je ? Sudah tentu, semua orang mahu kabinet yang mempunyai bany...