Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2016

10 TIPS TEMPAH KABINET

Hii.... hari ni akak kabinet ada banyak masa nak buat post. Post kali ni adalah post berkenaan mereka yang tak idea, tak tahu bagaimana nak tempah kabinet dapur. Ini biasanye berlaku pada mereka yang 1st time nak menempah. Sebab apa?...sebab baru beli rumah...baru dapat kunci RUMAH PERTAMA. TAHNIAH !!!!!!! Mesti sebelum tu korang mesti pernah usha2 dapur rumah kawan-kawan korang, beli dan belek majalah yang berkenaan kabinet dapur... google2 , survey pasal kabinet dapur.
kan..kan..kan...???

Korang gak mesti pernah berangan dapur korang cantikk.... bersih...kemas... dan korang sangat bersemangat nak ubahsuai ruang dapur korang seindah TAMAN ASTAKONA ... So apa yang korang kena tahu dan buat sebelum tempah? Yang Pertama sekali korang kena tahu korang nak konsep roper mana... Banyak jenis konsep ada sekarang such as :-
A. Modern  B. Klasik C. Kontemporari D. English Style E. Minimalis

Yang E ni...mmg banyak sangat yang orang suka... mmg gila2 orang suka sgt... Yang Kedua... korang kena tahu …

5 TIPS SEBELUM MASUK RUMAH BARU

5 TIPS SEBELUM MASUK RUMAH BARU
Tahniah Uollss  !!! Dah Dapat Kunci Rumah Baru.
Syukur Alhamdulillah
Akak Kabinet Ucapkan TAHNIAH.
Ops...opsss ... Haaa.... Jangan Ghairah Sangat Nak Terus Pindah Masuk Rumah Baru.
Ada beberapa Perkara Yang kena di dahulukan. Kat Sini Akak Kabinet Nak Share Tips Sebagai Panduan Sebelum Masuk Rumah Baru.

1.   PERIKSA Sebaik sahaja uolss dapat kunci rumah, uols hendaklah menjalankan pemeriksaan terhadap rumah baru uols tu. Sebelum nak g cek tu, sila sediakan KERTAS, MARKER PEN, MASKING TAPE, dan PEN.
Apa yang perlu uolss buat, adalah cari sebarang defect kat rumah baru uolss tu, seperti DINDING RETAK, JUBIN PECAH, SELAK PINTU TERCABUT dan lain-lain kerosakkan. Uolss TULIS kat MASKING TAPE dan TANDA dengan NOMBOR. Kat Kertas A4 tu uolss salin catatan defect tersebut dan serahkan kepada Pemaju Perumahan supaya dapat pihak diaorang membuat kerja-kerja baikpulih.
2.  SAMAK Selesai sahaja kerja-kerja baik pulih yang telah dijalankan oleh pihak Pemaju Perumahan. Uols haru…

KISAH 2 BIJI MOTOR KAT DAPUR

DIAORANG DAH PANDAI BERGURAU


Rakan Kerja: ello k.ct..kami dah nk balik...dah siap dah

Saya : Huhh??!!...dah SIAP...ok2

Rakan Kerja : Kunci tuan rumah ni mcm mn?...kami nk terus balik bengkel...byk kerja lagi...
Saya : tunggu jap... 5 minit saya saya sampai... dah bersihkan tak dapur tuan rumah...
Rakan Kerja : Udah...siap susun motor2 lagi
Saya : erk???...motor?..ada kat dapur?... tuan ruamh letak motor at dapur ke?...
Rakan Kerja : Aah.. elok muat2 aje..2 biji motor.



Dalam Hati: ... udah kenapa plak diaorg ni angkat dan susun motor tuan rumah kat dapur....kalau tuan rumah balik idak ke nahas je aku kena marah...udah tebiat ke apa budak2 kerja ni.. roper2 nye....
Sabor aje le...

Berdesup teman mandu kete nk nengok ape ke hei nye rakan kerja teman angkut motor tuan rumah masuk dapur...



NI namanya gurau membawa bahagia...hhahahaha..



PANDUAN MENEMPAH KABINET DAPUR

PANDUAN MENEMPAH KABINET DAPUR
Hii.... hari ni akak kabinet ada banyak masa nak buat post. Post kali ni adalah post berkenaan mereka yang tak idea, tak tahu bagaimana nak tempah kabinet dapur. Ini biasanye berlaku pada mereka yang 1st time nak menempah. Sebab apa?...sebab baru beli rumah...baru dapat kunci RUMAH PERTAMA. 
TAHNIAH !!!!!!! Mesti sebelum tu korang mesti pernah usha2 dapur rumah kawan-kawan korang, beli dan belek majalah yang berkenaan kabinet dapur... google2 , survey pasal kabinet dapur. kan..kan..kan...??? korang gak mesti pernah berangan dapur korang cantikk.... bersih...kemas... dan korang sangat bersemangat nak ubahsuai ruang dapur korang seindah TAMAN ASTAKONA ... 
So apa yang korang kena tahu dan buat sebelum tempah? Yang Pertama sekali korang kena tahu korang nak konsep roper mana... Banyak jenis konsep ada sekarang such as :-
A. Modern  B. Klasik  C. Kontemporari  D. English Style  E. Minimalis 
Yang E ni...mmg banyak sangat yang orang suka... mmg gila2 orang suka sgt...…

SETIAP ORANG BERBEZA MASALAHNYA

CIKGU FATIMAH - CIKGU GIATMARA GRIK

Ni kroje sebelum puasa tahun lepas. Akak Kabinet pernah uploadkan kisah ini  di timeline fb Teratak Niaga. Malam ni teman agak rajin 'berzikir' mencari gambar-gambar berkaitan kerja-kerja pemasangan kabinet dapur cikgu ni. 
Rekabentuk kabinet dapur kediaman in ipunyai sedikit kelainan. Atas permintan tuan rumah. Design ini direka begini adalah atas kapisiti kesihatan dan fizikal tuan rumah. Cikgu Fatimah dari mata kasarnye sihat... alhamdulillah... namun begitu cikgu tidak mampu berdiri dalam tempoh masa yg lama
Bukan disebabkan sakit lutut. Cikgu memilik tulang belakang seperti bentuk S.. sedikit berbeza dr kita yg normal.. atas sebab apa akak kabinet tak berapa nak ingat... pernah le cikgu beritahu...banyak makn semut akak kabinet ni... Makanya terhasil la bentuk kabinet dapur sebegitu... Bila cikgu letih atau tidak selesa utk berdiri..boleh le berlunjur kat mini sofa tu... 

korang suka ke..? Nak Macam ni kat rumah korang?









REZEKI TIDAK PERNAH SALAH ALAMAT

DAPUR YANG MEMPUNYAI KISAH YANG TERSENDIRI
Assalamualaikum wbt 
Entry Kali Ni akak kabinet nak share kisah di balik pembikinan " Make Over Dapur Kediaman En Rahim DI Felcra Seberang Perak.
Besor betui dapur ni... ni nak main futsal 3 sebelah pun boleh ni.  Projek kabinet dapur ni punya cerita tersendiri. 


Seronok...?
Sudah tentu seronok bila client confirm projek dgn kite.  Tetapi kegembiraan itu tak dapat dijelaskan demi menghormati isi rumah client ini. 
Al-fatihah buat isteri En. Rahim.
Puan datang untuk bincang-bincang berkenaan kabinet dapur... hasil dari perbincangan En. Rahim dan isteri pun bersetuju utk kami menZIARAHi kediaman mereka bagi kerja2 SUKAT. 
Seminggu berlalu...


Rekabentuk pun tersedia hasil dr beberapa ciri kehendak dan sedikit sentuhan cadangan dari akak kabinet. Pasangan suami isteri ni datang menziarahi opis akak kabinet yg comel ni... setelah bincang-bincang-bincang..nego-nego... adjust sana sini serba sedikit.
Makanya mereka.bersetuju melantik kami melaksanakan kerj…

MENGENAL JENIS BAWANG

WANITA, DAPUR, BAWANG DAN PASAR



Disetiap dapur sama ada kecil atau besar, pasti item ini berada di dapur. Ianya merupakan bahan utama dalam setiap masakan kita. Sebenarnya banyak jenis bahan ni. memilik rupa yang hanpir sama tetapi dengan sedikit perbezaan pada warna. Tapi AWAS , ianya berbeza kegunaan dalam berbeza jenis masakan.
Akak kabinet pun baru tahu. Sebelum ni, akak kabinet main sebat je guna bawang. Janji bawang. sebab tu le gamaknya, menu yang sama tapi bila menggunakan bawang main samberono je, hasil rasa masakan pastiada sedikit perbezaan.
Buat anak-anak, mereka tak perasan sangat perbezaan rasa. Janji mamanya masak, semua pun sedap. Paling WIN goreng telor aje pun rasa sayang dah berganda-ganda.
Beberapa hari yang lepas, akak kabinet mengunjungi Emak akak kabinet. Balik kampung le kononnye...bunyi macam jauh je kan... tapi kampungnya kat Ipoh je. Mak tegur bila akak kabinet guna blender bawang besar untuk penyediaan kuah kacang.
Ehh... salah ke mak... selalu buat kat rumah...…