Skip to main content

DAPUR KACA MELETUP..!!!?



Walaupuan tak kerap memasak, hanya rutin di waktu pagi sahaja akak kabinet memasak. Masak dalam kuantiti yang agak banyak , seperti Menu sarapan , Lunch Dan Makan Malam, selalunya Lauk yang sama.

Sebagai Contoh, Sarapan

1. Nasi Goreng + Ayam Goreng Kunyit + Sayur Tumis + Paprik seafood.

Menu sama je bila lunch dan makan malam nanti. Menu2 tersebut untuk anak2 danpembantu rumah yang tinggal kat rumah.

Cuma akak kabinet dah siap2 asing untuk sarapan, lunch dan makan malam. Pembantu rumah Akak Kabinet tinggal panaskan sahaja bila time lunch nanti atau pun makan malam nanti.

Dalam sehari itu je la waktu akak kabinet ke dapur.

Dasar Pemalas Punya IBU dan ISTERI ..kih7x

Sebenarnya bukan itu yang nak di jadikan story.

Dapur adalah passion akak kabinet. Pada akak kabinet dapur ni macam pusat kebahagiaan dalam sesebuah rumah.

Sekarang memang peseyen orang, bukan orang je akak kabinet pun suka guna dapur kaca. Nampak elegant je kan guna dapur kaca. Kemas je dapur kan.

AWAS..!!!!



Baru-baru ni ada keluar di dada akhabr (ayat kelas & poyo kih7x) dapur kaca meletup dan meletus hampir meragut nyawa pengguna dapur tersebut.

Akak kabinet pun cuak gak. Seram aje kan. Sebenarnya banyak sangat punca boleh menjadikan dapur kaca tersebut tisak selamat untuk diguna.

Setelah dikaji dan digali. Pasal dapur ni pun akak kabinet pergi belajor kome tahu tak. Punya la gila apa2 sahaja pasal dapur.

Apa yang dapat akak kabinet simpulakan adalah seperti tips2 di bawah.

Sampai ayat yang ni, kome rajin baca kan. makanya akak kabinet harap kome teruskan memaca sehingga habis. dan praktik atau balik nanti cek dapur korang.

Ingat!!!.. Bukan hanya kena cantik, apa yang paling penting adalah KESELAMATAN.


Tip Kselamatan & Pemilihan Dapur Kaca.

Pilih Dapur Kaca

1. Pilih dan beli built in glass hob tahan panas sehingga 8000 c.

2. Carilah dapur yang tidak mudah berkarat seperti yang diperbuat daripada keluli tahan karat, kaca atau enamel. Dapur yang berbahan seperti di atas akan lebih tahan lama serta lebih mudah untuk dibersihkan.

3. Pastikan kedudukan glass hob stabil dan tidak mudah bergeser saiz lubang untuk built in dapur tu kena ngam-ngam, jgn ketat sgt...jgn longgar sgt.

4. Pilih dapur gas binaan dalam yang sesuai dengan keperluan harian. ini kome kena tahu kome jenis memasak mm mn. Memasak ala-ala malas ke...memasak ala-ala kenduri ke.

5. Sesuaikan dengan bajet anda. tapi pesan akak kabinet jangan le beli yang murah sangat. Ataupun jenama yang ntah hape-hape.

Tips Keselamatan Bagi Menggunakan Dapur Built In.

1. Pastikan tong kome tak duduk bawah dapur korang.

2. Dapur dan regulatornya berfungsi dengan baik.

2. Guna regulator bertanda SNI, dan ada safety lock.

3. Pakailah regulator yang ada pelindung agar tidak mudah rosak dan menghindari daripada gigitan tikus.

4. Periksa dan bersihkan dapur sekerap mungkin, minima tiga bulan sekali. Kalau akak kabinet, setiap 1 bulan sekali akak kabinet cek, setiap kali tukor tong gas.

Balik Rumah nanti kome cek dapur kome ye.

Comments

Popular posts from this blog

JENIS-JENIS SINKI : DAPUR

Sinki Dapur Sering dikaitkan degan aktiviti mencuci pinggan mangkuk dan juga bahan basah untuk memasak makanan. Kehadiran sinki adalah item wajib dalam sesebuah dapur. Fungsi adalah sangat penting. Namun begitu ianya harus dipadankan dengan fungsi atau cara penggunaan dapur. Antara sifat penting dalam pemilihan sinki perlulah ada ciri-ciri seperti ergonomis iaitu keselesaaan semasa menggunkannya dan mudah untuk dijaga.

Dibawah ini, diserta beberapa jenis sinki buat rujukan pembaca.

Ada beberapa perkara haru sdipertimbangkan sebelum membuat pilihan membeli sinki. Yang pertama.

“…adakah kita termasuk didalam golongan orang yang suka memasak…”

“…adakah kita golongan yang suka memasak menu-menu yang mudah, menu campak buang?..”

Kenapa perlu tahu kita berada di dalam golongan pengguna jenis dapur yang macam mana? Ianya ianya penting untuk kita mengetahui bagai sifat kita menggunakan dapur. Kerana jawaba itu juga yang akan menentukan jenis sinki yang bagaimana yang akak kita pilih.

Soalan yang ke…

PENYEDUT ASAP????

Alat penghisap asap dapur, atau yang lebih sering disebut dengan cookerhood ini sudah banyak kita temui. Fungsi utama dari cookerhood adalah untuk menghisap asap sisa pembakaran DAPUR semasa memasak. Selain itu cookerhood juga digunakan untuk mempercantik dapur anda, kerana bentuknya yang unik dan menarik.
Tapi, tahukah anda fungsi dan kegunaan satu-satu jenis cookerhood?
Berikut ini adalah beberapa kegunaan dan jenis-jenis dari cookerhood. 
Cookerhood berguna untuk membersihkan/ menyegarkan udara kotor yang datang dari proses memasak. Dengan cookerhood, asap yang beracun dari sisa pembakaran dapur atau wap akibat memasak makanan tidak terhirup dan masuk ke paru-paru. Selain itu cookerhood juga membantu menyegarkan udara di dapur yang tidak memiliki ventilasi udara yang cukup.
Tidak jarang juga pemasangan cookerhood tidak tepat, misalnya saja dipasang pada pantry (dapur yang jarang digunakan), dan hanya sebagai pelengkap keindahan. Padahal, benda ini jauh lebih diperlukan di rumah se…