Skip to main content

JENIS-JENIS SINKI : DAPUR



Sinki Dapur Sering dikaitkan degan aktiviti mencuci pinggan mangkuk dan juga bahan basah untuk memasak makanan. Kehadiran sinki adalah item wajib dalam sesebuah dapur. Fungsi adalah sangat penting. Namun begitu ianya harus dipadankan dengan fungsi atau cara penggunaan dapur. Antara sifat penting dalam pemilihan sinki perlulah ada ciri-ciri seperti ergonomis iaitu keselesaaan semasa menggunkannya dan mudah untuk dijaga.

Dibawah ini, diserta beberapa jenis sinki buat rujukan pembaca.

Ada beberapa perkara haru sdipertimbangkan sebelum membuat pilihan membeli sinki. Yang pertama.

“…adakah kita termasuk didalam golongan orang yang suka memasak…”

“…adakah kita golongan yang suka memasak menu-menu yang mudah, menu campak buang?..”

Kenapa perlu tahu kita berada di dalam golongan pengguna jenis dapur yang macam mana? Ianya ianya penting untuk kita mengetahui bagai sifat kita menggunakan dapur. Kerana jawaba itu juga yang akan menentukan jenis sinki yang bagaimana yang akak kita pilih.

Soalan yang kedua,

“.. adakah kita memerlukan sinki mangkuk tunggal, mangkuk double atau mangkuk triplet..”

“…adakah kita hanya memerlu sinki mangkuk tunggal yang boleh dipelbagaikan atau sinki yang mempunya fungsi yang berbeza..”

Setelah tahu jawaban kita dari dua soalan tersebut, baru lah kita boleh ula memilih sinki. Ini adalah kerana dipasaran sekarang, terlalu banyak lambakan sinki yang mungkin tidak sesuai dengan keperluan kita,

Dengan cara ini juga, kita akan dapat berjimat dan tidak membeli yang pada akhirnya kita tidak menggunakannya.

SINKI : MANGKUK SINGLE YANG BESAR







Akak cabinet suka dengan sinki ni dan selalu gelarkan sinki ni SINKI MAKMAL. Ianya terdiri daripada mangkuk tunggal yang mempunyai kedalaman hamper 25cm dan lebar 90cm. Sinki ni kadang-kadang disalh gunakan dengan memandikan bayi dalam sinki. Hahhaha..

Sinki ni sesuai untuk tuan ruamh yang mempunyai hobi memasak dan kuantiti yang besar. Sinki jenis ini, selalunya telah lengkap dengan aksesori yang akan memudahkan kerja-kerja memasak. Haaaa…sape yang jenis peel bila memasak pakat lempor je bila dah siap memasak atau tengah mesak, tak nak pakai sudip A, baling je dalam sinki, ambik sudip C plak….memang sesuai sangat pakai sinki jenis ni.

SINKI: MANGKUK DOUBLE







Sinki jenis ni pun banyak rupa parasnya, sungguh memag ada dua mangkuk. Ada dua mangkuk dua-dua sam besar, ada yang sebelah besar, sebelah kecik… aa yang sama besar tapi tak sama ketinggian. Ianya juga dipilih bergantung kepada cara kita menggunakan dapur.

Namun begitu, bestnya ada dua mangku ini, kita boleh pisahkan kegunaannya. Ataua kalau banyak pinggan mangkuk yang nak dicuci, boleh lah bekerjasama dengan suami untuk bercuci bersama-sama. Ringan sikit tugas tu kan..kan..kan..

Sinki yang mempunyai mangku yang tidak terlalu dalam, sekitar 5-6inci adalah sesuai unutk mencuci sayur dan bahan masakan. Dengan kata lainnya kerja-kerja mencuci makanan. Jika mangkuk sini yang dalam 8-10 inci, sangat sesuai untuk mencuci peralatan memasak sebagai contoh, periuk kuali dan sebagainya.

SINKI : TIGA MANGKUK





Had ni special sikit, pada kebiasanya sinki jenis ini mempunyai 2 mangkuk besar dan 1 mangkuk kecil. 1 mangkuk kecil itu pada kebiasaanya adalah mangkuk yang mempunyai saluran pembuangan sisa makanan atau sisa pemotongan makanan.

Istimewanya sinki jenis ini, dari awal memproses makanan kita dah meminimakan dari kotoran. Dan kita dapat menjaga tahap kebersihan makanan dengan lebih baik. Tetapi, kita perlu lebih masa untuk membersihakannya. Maklumlah udah ada tiga mangkuk kannn…

Jenis-jenis sinki ini bukan sahaja berbeza dari paras rupa nya, malah dari segi harganya jugak. Sebab itu lah kita kena tahu, kita ni guna dapur jenis macam mana, andainya kita sememaang agak cerewet semua perkara mengambil berat… rigid, makanya kita kenala berbelanja lebih sedikit dengan memilik sinki 3 mangkuk ini.

Andai kata, kita sememangnya, Chef yang sering masak yang simple2.. bujang style, maka sinki dengan mangkuk tunggal adalah lebih praktikal.

Ini baru bab jenis sinki kome oiii…. Belum lagi bab material pembuatan sinki yang memain peranan penting jugak.

Kita sambung pada artikel lain pulak ye

Comments

Popular posts from this blog

PENYEDUT ASAP????

Alat penghisap asap dapur, atau yang lebih sering disebut dengan cookerhood ini sudah banyak kita temui. Fungsi utama dari cookerhood adalah untuk menghisap asap sisa pembakaran DAPUR semasa memasak. Selain itu cookerhood juga digunakan untuk mempercantik dapur anda, kerana bentuknya yang unik dan menarik.
Tapi, tahukah anda fungsi dan kegunaan satu-satu jenis cookerhood?
Berikut ini adalah beberapa kegunaan dan jenis-jenis dari cookerhood. 
Cookerhood berguna untuk membersihkan/ menyegarkan udara kotor yang datang dari proses memasak. Dengan cookerhood, asap yang beracun dari sisa pembakaran dapur atau wap akibat memasak makanan tidak terhirup dan masuk ke paru-paru. Selain itu cookerhood juga membantu menyegarkan udara di dapur yang tidak memiliki ventilasi udara yang cukup.
Tidak jarang juga pemasangan cookerhood tidak tepat, misalnya saja dipasang pada pantry (dapur yang jarang digunakan), dan hanya sebagai pelengkap keindahan. Padahal, benda ini jauh lebih diperlukan di rumah se…

DAPUR KACA MELETUP..!!!?

Walaupuan tak kerap memasak, hanya rutin di waktu pagi sahaja akak kabinet memasak. Masak dalam kuantiti yang agak banyak , seperti Menu sarapan , Lunch Dan Makan Malam, selalunya Lauk yang sama.

Sebagai Contoh, Sarapan

1. Nasi Goreng + Ayam Goreng Kunyit + Sayur Tumis + Paprik seafood.

Menu sama je bila lunch dan makan malam nanti. Menu2 tersebut untuk anak2 danpembantu rumah yang tinggal kat rumah.

Cuma akak kabinet dah siap2 asing untuk sarapan, lunch dan makan malam. Pembantu rumah Akak Kabinet tinggal panaskan sahaja bila time lunch nanti atau pun makan malam nanti.

Dalam sehari itu je la waktu akak kabinet ke dapur.

Dasar Pemalas Punya IBU dan ISTERI ..kih7x

Sebenarnya bukan itu yang nak di jadikan story.

Dapur adalah passion akak kabinet. Pada akak kabinet dapur ni macam pusat kebahagiaan dalam sesebuah rumah.

Sekarang memang peseyen orang, bukan orang je akak kabinet pun suka guna dapur kaca. Nampak elegant je kan guna dapur kaca. Kemas je dapur kan.

AWAS..!!!!



Baru-baru ni ada keluar di…