Skip to main content

PENYEDUT ASAP????



Alat penghisap asap dapur, atau yang lebih sering disebut dengan cookerhood ini sudah banyak kita temui. Fungsi utama dari cookerhood adalah untuk menghisap asap sisa pembakaran DAPUR semasa memasak. Selain itu cookerhood juga digunakan untuk mempercantik dapur anda, kerana bentuknya yang unik dan menarik.

Tapi, tahukah anda fungsi dan kegunaan satu-satu jenis cookerhood?

Berikut ini adalah beberapa kegunaan dan jenis-jenis dari cookerhood. 

Cookerhood berguna untuk membersihkan/ menyegarkan udara kotor yang datang dari proses memasak. Dengan cookerhood, asap yang beracun dari sisa pembakaran dapur atau wap akibat memasak makanan tidak terhirup dan masuk ke paru-paru. Selain itu cookerhood juga membantu menyegarkan udara di dapur yang tidak memiliki ventilasi udara yang cukup.

Tidak jarang juga pemasangan cookerhood tidak tepat, misalnya saja dipasang pada pantry (dapur yang jarang digunakan), dan hanya sebagai pelengkap keindahan. Padahal, benda ini jauh lebih diperlukan di rumah sederhana atau pun kecil .

Ada dua fungsi cookerhood, iaitu:

1. Evakuasi.
Asap terus dibuang ke luar ruangan melalui cerobong atau hose terus bersambung ke luar.

2. Resirkulasi.
Asap yang ada di dalam ruangan dihisap, lalu dibersihkan dan dineutralkan dengan sistem resirkulasi melalui Carbon Filter untuk meneutralkan aroma tidak sedap, sementara lonizer berfungsi untuk membunuh bakterai di udara. Sehingga, udara yang dialirkan kembali bebas bau, lebih bersih dan hygein

Jenis penghisap asap mengikut bentuk dan lokasi:-

1. Island Hood. Alat penghisap asap yang memiliki cerobong di saluran pembuangan, letaknya di tengah ruangan yang di ikat di siling ruangan.

2. Slim Line Hood. Berbentuk tipis dan tidak memiliki cerobong pengeluaran ke luar ruangan seperti pada island hood.

3. Sliding Hood. Jenis ini cirinya terdapat pasa cara mengaktifkannya, iaitu dengan cara menggeser panelnya.

4. Chimney Hood. Sama seperti island hood yaitu memiliki cerobong asap namun biasanya diletakkan di dinding rumah. 
Apapun jenis cookerhood yang digunakan harus disesuaikan dengan ukuran dapur yang digunakan. Selain itu, juga harus dipastikan jarak yang ideal antara cookerhood dan stove.

Jarak yang disarankan adalah sekitar 65 – 75 cm agar asap hasil memasak dapat disedut oleh cookerhood sebelum sempat menyebar memenuhi ruang dapur

Tips menyelenggara cookerhood:-

1. Lakukan pembersihan badan bahagian luar dari penghisap asap segera setiap selesai dilakukannya kegiatan masak-memasak di dapur. Caranya, lap menggunakan kain yang lembut dan kering agar tidak meggores badan alat. 

2. Gunakan kain yang telah dicelupkan dgn sabun agar sisa-sisa lemak mudah dibersihkan.

3. Cuci saringan dengan air yang telah dicampur sabun .

4. Pembersihan saringan dilakukan sesuai dengan jadual kegiatan masak-memasak, bila kegiatan memasak dilakukan setiap hari dengan waktu yang lama, maka pembersihan saringan dilakukan minimal dua hari sekali, tetapi bila jarang memasak di dapur maka pembersihan saringan cukup dilakukan seminggu sekali atau bila saringan telah terlihat kotor oleh jelaga.

5. Untuk mencegah haiwan seperti nyamuk, lipas, atau tikus masuk ke saluran maka untuk penghisap asap jenis Chimney sebaiknya menutup cerobong yang ada di luar rumah dengan ram/ kawat anti nyamuk agar jangan sampai cerobong ini menjadi pintu masuknya binatang2 dari luar rumah dan membuat dapur kita tidak sihat.

Semoga Bermanfaat

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

JENIS-JENIS SINKI : DAPUR

Sinki Dapur Sering dikaitkan degan aktiviti mencuci pinggan mangkuk dan juga bahan basah untuk memasak makanan. Kehadiran sinki adalah item wajib dalam sesebuah dapur. Fungsi adalah sangat penting. Namun begitu ianya harus dipadankan dengan fungsi atau cara penggunaan dapur. Antara sifat penting dalam pemilihan sinki perlulah ada ciri-ciri seperti ergonomis iaitu keselesaaan semasa menggunkannya dan mudah untuk dijaga.

Dibawah ini, diserta beberapa jenis sinki buat rujukan pembaca.

Ada beberapa perkara haru sdipertimbangkan sebelum membuat pilihan membeli sinki. Yang pertama.

“…adakah kita termasuk didalam golongan orang yang suka memasak…”

“…adakah kita golongan yang suka memasak menu-menu yang mudah, menu campak buang?..”

Kenapa perlu tahu kita berada di dalam golongan pengguna jenis dapur yang macam mana? Ianya ianya penting untuk kita mengetahui bagai sifat kita menggunakan dapur. Kerana jawaba itu juga yang akan menentukan jenis sinki yang bagaimana yang akak kita pilih.

Soalan yang ke…

DAPUR KACA MELETUP..!!!?

Walaupuan tak kerap memasak, hanya rutin di waktu pagi sahaja akak kabinet memasak. Masak dalam kuantiti yang agak banyak , seperti Menu sarapan , Lunch Dan Makan Malam, selalunya Lauk yang sama.

Sebagai Contoh, Sarapan

1. Nasi Goreng + Ayam Goreng Kunyit + Sayur Tumis + Paprik seafood.

Menu sama je bila lunch dan makan malam nanti. Menu2 tersebut untuk anak2 danpembantu rumah yang tinggal kat rumah.

Cuma akak kabinet dah siap2 asing untuk sarapan, lunch dan makan malam. Pembantu rumah Akak Kabinet tinggal panaskan sahaja bila time lunch nanti atau pun makan malam nanti.

Dalam sehari itu je la waktu akak kabinet ke dapur.

Dasar Pemalas Punya IBU dan ISTERI ..kih7x

Sebenarnya bukan itu yang nak di jadikan story.

Dapur adalah passion akak kabinet. Pada akak kabinet dapur ni macam pusat kebahagiaan dalam sesebuah rumah.

Sekarang memang peseyen orang, bukan orang je akak kabinet pun suka guna dapur kaca. Nampak elegant je kan guna dapur kaca. Kemas je dapur kan.

AWAS..!!!!



Baru-baru ni ada keluar di…