Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2018

9 PERKARA YANG WAJIB DIAMBIL KIRA SEBELUM MEMBUAT UBAHSUAI DAPUR.

Dapur adalah “JANTUNG’ bagi sesebuah rumah. Disinilah menjadi pusat ‘hiburan’ sesebuah. Semua orang pasti menginginkan ruang dapur yang indah dan dan luas.

    Kini, adalah menjadi trend kepada pemaju perumahan membina rumah dengan rekaan dan susunatur ruang dapur agak terhad. Bagi mereka yang mempunyai peruntukkan bagi kerja-kerja ubahsuai, 9 perkara perlu dipertimbangkan sebelum kita membuat keputusan untuk membuat kerja-kerja ubahsuai ruang dapur.

    Rujuk senarai semak kami ini, sebagai panduan.

1. TENTUKAN BAJET
Sebelum anda memulakannya, tentukan bajet anda. Berkomunikasi atau beritahu kepada kontraktor anda supaya kedua pihak jelas. Pihak kontraktor akan menyediakan rekabentuk dan cadangan bahan-bahan mengikut bajet anda.

2. TEMPOH MASA SIAP.
Bertanyakan kepada kontraktor anda tentang tempoh siap kerja-kerja ubahsuai tersebut. Pada kebiasaan, tempoh siap paling singkat adalah 10-14hari bekerja atau paling lama pun 30-45hari. Kedua-dua tempoh ini bergantung kepada jenis ubahsua…

APA NAK BUAT BILA RUANG DAPUR KITA SEMPIT ?

Adakah ia berasa seperti anda tidak punya ruang yang cukup? Pada masa kini, dengan harga bahan binaan bangunan yang semakin tinggi, rumah-rumah yang lebih kecil dan dapur yang lebih kecil adalah NORMAL. 
Rekabentuk dapur yang kecil boleh memberikan masalah kepada pengguna. Akibatnya, dapur kecil bukan sahaja berasa sempit tetapi mencari ruang yang cukup boleh menjadi sukar. 
Walau bagaimanapun, JANGAN berputus asa. Beberapa tips berikut adalah menjimatkan dan boleh membuat hidup anda lebih mudah. 
CARA MENGATASI DAPUR KECIL 
Dinding, siling dan worktop haruslah berwarna cerah. Ianya akan membuat dapur seolah-olah lebih besar. Anda boleh jugak mengecat warna sedikit gelap pada dinding laluan masuk dapur tersebut agar dapur tersebut akan kelihatan seperti memanjang. Biarkan cahaya matahari masuk. Pertimbangkan tidak menggunakan mana-mana langsir. Kalau nak guna pun, gunakan dari jenis kain jarang macam kain kelambu.Kabinet yang tinggi hingga ke siling dia membuat dapur kelihatan lebih besar…

CARA MENCEGAH SERANGGA DAN BINATANG PEROSAK DI DAPUR

Dapur merupakan salah satu ruang yang sangat penting didalam rumah, dimana kebersihan mesti sentiasa diutamakan. Ini adalah kerana ianya adalah tempat menyediakan makanan untuk keluarga kita. 
Selain daripada itu, dapur juga befungsi sebagai tempat menyimpan makanan dan tempat kita seisi keluarga menghabikan masa bersama. Oleh itu, dapur mestikan bersih dari kotoran dan serangga perosak kerana ianya dapat menyebabkan pelbagai penyakit.
Lipas, semut dan tikus merupakan jenis haiwan perosak yang sering ditemui didapur. Ia akan menjadi sangat berisiko jika anda menggunakan sejenis racun perosak untuk membunuh haiwan ini kerana ianya boleh mencemarkan makanan di sekelilingnya. 
Cara terbaik untuk mencegah dapur anda dari serangga dan haiwan perosak ini adalah dengan mengambil langkah-langkah berjaga iaitu mencegah

Namun begitu, jika serangga dan haiwan perosak ini telahpun memasuki dapur anda, ada cara untuk mengatasinya. Berikut adalah beberapa langkah semulajadi yang berkesan untuk mencegak…

PERALATAN ASAS UNTUK BERSIHKAN DAPUR

Dapur adalah satu bilik yang penting untuk surirumah. Di sinilah anda menyediakan dan memasak makanan untuk keluarga dan membersihkan dapur menjadi sebahagian daripada aktiviti suri rumah setiap hari.
Dengan begitu banyak peralatan perabot dan dapur untuk dibersihkan, ia juga perlu mempunyai pelbagai peralatan untuk membersihkannya.
Berikut adalah alat pembersihan asas di rumah yang anda perlukan di dapur untuk membantu proses pembersihan dapur yang berkesan.
1. Sapu dan Kain Lap Sponges digunakan untuk membasuh pinggan dan mengelap pelbagai permukaan di dapur. Untuk mengelap meja dan permukaan objek di dapur lain, penyapu juga boleh digunakan untuk bahagian atas kotor atau membersihkan tumpahan makanan di lantai.
2. Bulu keluli Bahan penggilap ini biasanya diperbuat daripada logam halus yang boleh digunakan untuk mencuci periuk atau alat dapur yang berkarat dan hangus.
3. Sarung tangan Getah Item ini boleh digunakan semasa membasuh pinggan atau apabila menggunakan cecair pembersihan…

CARA NAK BERSIHKAN KABINET LAMINATED MELAMINE

Kabinet dapur yang diperbuat daripada melamine kini semakin menjadi pilihan oleh suri rumah. Selain tahan lama, peralatan melamin biasanya mudah dibersihkan dari kotoran, jika membersihkannya menggunakan cara yang betul. Jika kabinet melamin anda sudah kelihatan berdebu, kotor dan terasa berminyak dengan kotoran yang minyak semasa memasak, berikut adalah beberapa cara yang berkesan untuk membersihkan kabinet melamin anda.
Debu  Ambil kain bersih lap bagi mengeluarkan semua habuk dalam kabinet melamin anda. Lakukan ini dari bahagian atas kabinet ke bahagian bawah supaya debu dapat dibersihkan secara optimum.
Gunakan Cecair Pembersih Bagi anda yang suka perkara praktikal, anda boleh menggunakan cecair pembersih serbaguna untuk membersihkan bahagian luar dan di dalam kabinet. Walau bagaimanapun, jika kabinet biasanya digunakan untuk menyimpan memasak dan memasak peralatan dan rempah dapur, lebih baik menggunakan pembersih yang lebih selamat. Cukup dengan air suam dan beberapa titisan sa…

NAK BERSIHKAN DAPUR DENGAN CEPAT ?

Dapur adalah salah satu ruang penting di setiap rumah yang perlu dijagakan kebersihannya dengan baik sekali. Dapur adalah ruangan dimana makanan dan minuman di sediakan dan ianya amatlah penting untuk dijaga akan kebersihan dan keselamatannya. Selain daripada mencuci setiap peralatan sebaik sahaja ianya digunakan, kita perlukan membersihkan ruangan dapur dan mengemas semula peralatan dan barangan dapur tersebut setiap hari selepas sahaja selesai menggunakannya.

Dapur bersih mempunyai manfaat kesihatan untuk anda dan keluarga anda. Tetapi dengan banyak kerja rumah yang perlu dilakukan dalam satu hari, anda mungkin terlalu letih untuk membersihkan dapur. Nah, untuk dapur sentiasa bersih, berikut adalah tips bagaimana untuk membersihkan dapur dengan cepat yang boleh menjadi rujukan anda.
1. Basuh Alat Memasak - Setelah masak, segera basuh semua peralatan memasak yang digunakan. Jangan tunda untuk mencuci alat memasak yang kotor kerana kotoran akan lebih sukar untuk dibuang jika dibasuh lew…

TAK PE LA DAPUR KOTOR PUN, DAH TEMPATNYE BEGITU..?

Nak tengok sesorang tu jenis pengotor ke pembersih ke ? Cer intai dapur kat rumah diaorang. Masa keluar rumah, mak datok perfume mengaum. Bedak berkepuk, lipstik berkilau. Sekali jengah dapur. Subbahanallah.

Kebersihan rumah boleh menjadi gambaran sama ada pemilik rumah berkenaan menjaga kebersihan dan kesihatan keluarganya atau tidak. Satu ruang di dalam rumah yang mesti sentiasa bersih adalah dapur. Dapur yang bersih akan menghasilkan makanan yang bersih, sihat dan selamat untuk di makan juga.

Dapur yang bersih adalah sangat penting kerana kebahagiaan kesihatan ahli keluarga dapat dikekalkan melalui hidangan yang sihat, selamat dan lazat yang dimasak penuh cinta dan kasih sayang. Dapur yang bersih akan mengelakkan kehadiran tikus dan lain-lain binatang perosak yang merbahaya kepada kesihatan.

Selain bermanfaat bagi kesihatan, ternyata membersihkan dapur secara teratur juga memiliki banyak manfaat lain bagi kita. Mengapa menjaga kebersihan dapur sangat penting.

JADUALKAN PEMERIKSAAN TEMP…

KENAPA DAPUR PENTING ? GILA TAK PENTING , BELI RUMAH TAK DE DAPUR MACAM MANA RUPANYA

Kajian yang dilakukan bahawa kebanyakkan wanita banyak menghabiskan masa di rumah tertumpu di ruangan dapur. 87600 minit kita habiskan masa di dapur. Ini antara penunjuk ruangan dapur adalah ruangan terpenting di dalam satu-satu kediaman.

Kenapa Dapur Penting ?
Tak kisah la apa bangsa dan budaya pun di dunia ini, semuanya sangat menitik beratkan ruang dapur. Ruang dapur adalah jantung hati pada mereka yang sangat sukakan memasak kerana di dapurlah merupakan ruang eksperimen bagi mereka mencipta makanan-makanan yang lazat dan dimasak dengan kasih sayang.
Sepanjang berkecimpung di dalam industri perabut tempahan ini, terumatamanya dalam mengubahsuai ruang dapur, saya sendiri dapat melihat bahawa ruangan dapur ini sedikit sebanyak mempengaruhi cara hidup. Pasangan guru mengolah dapur berbeza dengan pasangan Doktor. 
Sungguhpun begitu, tidak kisah apa sahaja pekerjaan atau profession isi rumah tersebut, setiap hari kehidupan kita bermula di dapur bagi sessi sarapan sebelum ke tempat kerja…

APA ITU DAPUR

Secara tradisionalnya, dapur dikenali sebagai satu ruang di dalam rumah untuk memasak atau tempat penyimpanan barang barang basah lain seperti ikan, ayam serta bahan bahan mentah yang lain, tempat untuk memasak dan memotong bahan2 basah dan juga sebagai tempat penyimpanan barang barang selain barang basah, perkakas, ketuhar, periuk, kuali, pinggan mangkuk, sudu, pisau, tong gas, sudip, garfu, cawan dan lain-lain lagi.

Seiring dengan perkembangan budaya dan teknologi, bentuk dapur juga mengalami perubahan. Perencanaan dapur modern saat ini mengikuti prinsip segitiga yang menyatakan bahawa 3 fungsi utama dapur adalah penyimpanan, persiapan dan memasak.

Prinsip ini menekankan supaya antara ketiga fungsi tersebut, tidak saling menghalangi namun juga jarak ketiganya tidak terlalu jauh.

Beberapa bentuk dapur yang umum diimplementasikan antara lain :
1. Seluruh fungsi di atas ditempatkan pada satu dinding sehingga prinsip segitiga ini menjadi segaris (sedinding). Bentuk ini kurang efektif namun …